← Back to list
MCMC Minta Penjelasan TikTok Berhubung Isu Penyeludupan Dadah
Nov 08, 2025
MCMC minta penjelasan rasmi daripada TikTok berhubung isu penyeludupan dadah.
Ini selepas media melaporkan mengenai penglibatan platform itu bagi merekrut individu untuk aktiviti penyeludupan dadah ke luar negara.
Suruhanjaya itu mahu mengetahui mengenai mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan oleh TikTok terhadap kandungan berunsur jenayah.
Tegasnya, penyalahgunaan platform dalam talian bagi tujuan jenayah adalah kesalahan serius di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
.....
Kes keracunan makanan pada program hari keluarga sebuah agensi kerajaan di Petaling Jaya baru-baru ini berpunca daripada pencemaran makanan dan peralatan memasak.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sahkan perkara itu selepas mendapati 322 daripada 4,710 peserta mengalami gejala cirit-birit, muntah dan sakit perut.
.....
Peminjam PTPTN yang alami tunggakan bayaran boleh menstruktur semula pinjaman melalui Kempen Lestari Pendidikan hingga 15 Disember ini.
PTPTN dalam satu kenyataan berkata kempen terbabit terbuka kepada peminjam konvensional dan ujrah dengan tunggakan RM500 ke atas.
.....
Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Tutoh, Sarawak pada Rabu lalu ditemukan meninggal dunia pagi semalam.
.....
Dan kira-kira 20 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Selangor ketika ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca