← Back to list
Utamakan Keselamatan Ketika Banjir
Nov 25, 2025
Utamakan Keselamatan Ketika Banjir
Peka dengan keadaan diri, keluarga dan situasi sekeliling sekiranya berdepan bencana banjir.
Ini nasihat Pegawai Kanan Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Selangor, Qalam Abdul Halim.
Beliau turut tegaskan jangan sebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
Jumlah mangsa banjir meningkat dengan lebih 19,000 orang kini berlindung di PPS.
Sementara itu, Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 akan disalurkan kepada setiap keluarga mangsa banjir yang mendaftar di PPS sebaik pulang ke rumah masing-masing.
Menurut NADMA, ia akan disalurkan menerusi akaun BSN bukan secara tunai.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca