← Back to list
Jangan Mudah Percaya Kit Ujian Kendiri Influenza
Dec 10, 2025
Jangan Mudah Percaya Kit Ujian Kendiri Influenza
Jangan mudah percaya dengan kit ujian kendiri influenza.
Menurut KKM, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan setakat ini tidak mendaftarkan sebarang kit berkenaan kerana kebanyakannya mengesan kehadiran virus melalui sampel air liur.
Jelasnya, kaedah pengesanan air liur itu didapati kurang berkesan dan tidak menghasilkan keputusan yang tepat.
Susulan itu, orang ramai disaran ambil sampel melalui calitan hidung atau darah dan ujian oleh pengamal perubatan bagi mendapatkan hasil yang lebih tepat.
Pekeliling Pejabat Ketua Setiausaha Negara 2020 diteliti semula
Pelaksanaan pekeliling oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara pada 2020 akan diteliti semula.
Ia susulan insiden seorang wanita dihalang buat laporan polis di IPD Melaka kerana didakwa berpakaian tidak sesuai, baru-baru ini.
Menteri Komunikasi berkata antara yang dipertimbangkan ialah pengecualian berkaitan etika pemakaian kepada perkhidmatan barisan hadapan seperti balai polis.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca