← Back to list
Kerajaan Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir
Dec 15, 2025
Kerajaan Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir
Kerajaan bersiap siaga hadapi risiko gelombang kedua banjir yang dijangka lebih besar.
Timbalan Perdana Menteri berkata keutamaan ketika ini adalah untuk memindahkan penduduk lebih awal khususnya di kawasan berisiko tinggi.
Terdahulu, MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan di seluruh Kelantan, Terengganu dan beberapa kawasan di Pahang, Perak serta Johor hingga Khamis ini.
Sementara itu, Terengganu kembali dilanda banjir dengan lebih 200 mangsa kini berlindung di PPS di Kemaman dan Hulu Terengganu.
Manakala kira-kira120 mangsa banjir direkodkan di Sarawak.
Dalam pada itu, Bomba Terengganu menasihati orang ramai berhati-hati ketika berada di kawasan tumpuan pelancong terutamanya sempena musim cuti sekolah yang bermula minggu depan.
Ini kerana Monsun Timur Laut bawa ombak besar, angin kencang dan hujan lebat yang boleh mengundang bahaya kepada pengunjung di pantai.
Penyedia perkhidmatan media sosial dianggap berdaftar bermula 1 Januari depan
Penyedia perkhidmatan media sosial yang mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia secara automatik dianggap berdaftar bermula 1 Januari depan.
Jelas MCMC, ia bertujuan memastikan platform terlibat memikul tanggungjawab yang lebih jelas terhadap keselamatan pengguna khususnya bagi melindungi kanak-kanak dan keluarga.
Tambahnya, pelaksanaan peruntukan itu melibatkan penyedia perkhidmatan yang penuhi kriteria termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca