← Back to list
Identiti mayat wanita dalam beg disahkan Suri - Polis
Dec 24, 2025
Polis sahkan mayat di dalam beg yang ditanam di belakang kediaman di Rembau, adalah wanita yang dilaporkan hilang di Ampang.
Ketua Polis Negeri Sembilan berkata pengesahan identiti itu dilakukan melalui cap jari yang diperoleh dan ia sepadan dengan data yang ada di Jabatan Pendaftaran Negara.
Terdahulu, polis tahan seorang suspek yang mempunyai 6 rekod jenayah lampau pada hari sama penemuan mayat berkenaan.
Penangkapan itu membawa kepada penahanan suspek utama pada keesokan harinya.
__
Taburan hujan berterusan di kawasan timur Semenanjung sepanjang fenomena luruan monsun dijangka berada dalam julat normal dan tidak ekstrem.
MetMalaysia berkata jumlah hujan harian diramal sekitar 100 hingga 250 milimeter, selaras dengan ciri hujan monsun biasa.
Luruan monsun dijangka melanda Terengganu, timur Pahang dan timur Johor bermula esok hingga Isnin depan.
__
Dan, SPRM buka kertas siasatan melibatkan seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era Covid-19.
Siasatan itu membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca