← Back to list
Kes 1MDB: Najib fail rayuan Isnin ini
Dec 27, 2025
Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung kes 1MDB.
Peguam yang mewakili bekas PM itu berkata rayuan berkenaan akan difailkan pihaknya Isnin ini.
Semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas kesemua pertuduhan rasuah berkaitan dana 1MDB.
Ia melibatkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan bagi peroleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana tersebut.
__
Banjir gelombang ketiga mula melanda Terengganu susulan hujan berterusan tengah malam tadi.
Ia menyaksikan lebih 300 mangsa ditempatkan di PPS sekitar Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, setakat pagi ini.
__
Dan, polis Kota Bharu menahan lima lelaki dan tujuh wanita dipercayai terlibat dalam kes merusuh di Pasar Awam Melor, Khamis lalu.
Pergaduhan itu dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca