← Back to list
Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai Tahun Depan
Dec 30, 2025
Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai Tahun Depan
Kementerian Pendidikan sentiasa prihatin akan keperluan ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak sebelum bermula sesi persekolahan baru.
Susulan itu, pihaknya putuskan murid tidak diwajibkan memakai tali leher ke sekolah mulai tahun depan.
Ia juga mengambil kira iklim tempatan yang panas dan lembap menyebabkan pemakaian tali leher setiap hari kurang sesuai dan jejaskan keselesaan murid.
Bagaimanapun, pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan keputusan permuafakatan pihak sekolah dengan ibu bapa.
Tan Sri Muhyiddin Yassin letak jawatan sebagai Pengerusi PN
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional berkuat kuasa Khamis ini.
Presiden Bersatu itu mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang berikan sokongan selama beliau memimpin PN sejak penubuhannya 5 tahun lalu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca