← Back to list
Murid 6 tahun bukan tikus makmal! - Fadhlina
Jan 22, 2026
Kanak-kanak bukan bahan uji kaji atau 'tikus makmal'!
Itu penegasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam pelaksanaan dasar kemasukan murid berusia enam tahun ke darjah satu.
Terdahulu, kerajaan umum pelarasan umur kemasukan ke sistem prasekolah akan dimulakan pada usia lima tahun.
Manakala kemasukan ke darjah satu pula diselaraskan kepada usia enam tahun, secara sukarela.
__
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2026/2027 akan dibuka mulai 29 Januari hingga 23 Mac ini.
Kemasukan itu bagi permohonan lepasan SPM dan fasa pertama lepasan STPM atau setaraf.
Manakala, permohonan seterusnya bagi fasa kedua lepasan STPM atau setaraf akan dibuka pada 13 April hingga 15 Mei 2026.
__
Dan, sekatan sementara ke atas aplikasi Grok AI, kekal berkuat kuasa buat masa ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan wakil platform X berhubung perkara itu.
Tegasnya, sekatan akan ditarik balik bergantung kepada hasil pengesahan MCMC terhadap keberkesanan langkah keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak X.
Sehingga kini, MCMC telah merekodkan 17 aduan atau laporan berkaitan Chatbot AI berkenaan kerana dilapor menjana kandungan lucah dan imej manipulasi tanpa persetujuan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca