← Back to list
Sekatan Sementara AI Grok Ditarik Semula - MCMC
Jan 23, 2026
MCMC tarik semula sekatan sementara terhadap AI, Grok di aplikasi X berkuat kuasa hari ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata ini selepas MCMC berpuas hati dengan langkah pencegahan dan keselamatan tambahan platform berkenaan.
Sebelum ini, Grok dikenakan sekatan itu susulan gagal melaksanakan langkah pencegahan berkesan terhadap kandungan memudaratkan.
.....
Dalam perkembangan lain, Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar 2025 ditarik balik untuk penambahbaikan.
Jelas Datuk Fahmi, ini untuk memastikan isu berkaitan kawasan bandar termasuk miskin bandar dapat diatasi dengan lebih tuntas dan adil.
.....
Menteri Wilayah Persekutuan berkata kadar sewa tapak bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL diturunkan daripada RM500 kepada RM400.
Pihaknya juga berkata DBKL bersama KKM dan KPDN akan membuat pemeriksaan di bazar Ramadan setiap hari demi menjaga kualiti dan harga makanan.
.....
Perdana Menteri saran projek penternakan babi secara berpusat dan moden di Bukit Tagar, Hulu Selangor dibatalkan dan dipertimbang untuk dipindahkan ke lokasi lain.
.....
Polis berkata siasatan kes suami isteri yang ditemukan maut di Sri Aman, Sarawak pada 14 Januari lalu sudah selesai dan tiada DNA asing ditemui di tempat kejadian.
.....
Dan Malaysia muncul sebagai negara paling ramai dikunjungi di Asia Tenggara bagi tahun 2025 sekali gus mengatasi Thailand berdasarkan data Tourism Malaysia.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca