← Back to list
Kemasukan Awal Tahun 1 : Jangan Ambil Sudut Negatif Sahaja
Jan 25, 2026
Kemasukan Awal Tahun 1 : Jangan Ambil Sudut Negatif Sahaja
Langkah kerajaan melaksanakan kemasukan murid Tahun 1 pada usia 6 tahun secara sukarela mulai tahun depan tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif semata-mata.
Sebaliknya Perdana Menteri berkata ia perlu dilihat dalam konteks meningkatkan mutu pendidikan negara terutamanya dalam memberikan pendedahan awal persekolahan kepada murid.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya kanak-kanak diberikan peluang dan pendedahan awal, mereka mampu jadi pelajar yang lebih pintar.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam tanah runtuh di Bandung
Wisma Putra sahkan tiada warga Malaysia terbabit dalam kejadian tanah runtuh di barat Bandung, Indonesia semalam.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bagaimanapun pantau perkembangan operasi mencari dan menyelamat yang dilaksanakan pihak berkuasa Indonesia.
Setakat ini, insiden itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 8 nyawa manakala lebih 80 mangsa masih hilang.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca