← Back to list
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia belum muktamad
Jan 27, 2026
Isu 3 kampung di Kalimantan Utara, Indonesia, yang dilaporkan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan, masih berada pada peringkat rundingan.
Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, isu sempadan darat perlu mengambil kira realiti keadaan struktur tanah dan bukan berdasarkan garis lurus pada peta semata-mata.
Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan 3 kampung di Nunukan, Indonesia dikatakan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan kedua-dua negara.
---
Penguatkuasaan akta lebih tegas berkaitan kesalahan membuang sampah di tempat awam termasuk perintah khidmat masyarakat tidak bersifat pilih bulu.
SWCorp menjelaskan, ia dikuatkuasakan secara adil tanpa mengira latar belakang, sama ada warga tempatan atau asing.
Setakat ini, hampir 500 notis kesalahan tersebut dikeluarkan di seluruh negara, membabitkan 377 warga Malaysia dan 117 warga asing.
Sementara itu di Alor Setar, seorang warga Indonesia didenda RM300 dan diarah jalani perintah khidmat masyarakat selama 6 jam kerana buang puntung rokok di tempat awam.
---
Tiada pertindihan penggunaan aplikasi imigresen seperti yang tular di media sosial, khususnya melibatkan pelepasan imigresen melalui kemudahan autogate kod QR.
Jabatan Imigresen juga menjelaskan, keseluruhan sistem kini berada dalam fasa peralihan, sebelum beralih sepenuhnya kepada Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (MyNIISE).
Ia bagi menjelaskan kekeliruan awam tentang penggunaan MyNIISE, MyBorderPass dan MyDigital ID dalam sistem pelepasan imigresen.
---
Menteri Besar Selangor sahkan kerajaan negeri membatalkan sementara cadangan pembinaan ladang khinzir berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor.
Beliau juga sambut baik saranan Perdana Menteri yang menghubunginya minggu lalu apabila cadangan pembinaan di kawasan itu menerima bantahan keras penduduk.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca