← Back to list
Belon meletup, dua pegawai MBPP melecur
Feb 02, 2026
Dua anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang cedera selepas belon mengandungi gas hidrogen meletup dan terbakar ketika sambutan Thaipusam di Georgetown, malam tadi.
MBPP menjelaskan letupan itu berlaku ketika pegawai penguat kuasa mencucuk belon berkenaan untuk melepaskan gas bagi tujuan pelupusan.
Seorang daripada mereka sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas melecur kedua belah tangan dan sebelah muka.
Manakala, seorang lagi cedera ringan dan sedang berehat di rumah.
__
Pihak pengurusan Jambatan Angkat Kuala Terengganu mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan berbahaya di kawasan jambatan itu.
Ia susulan 33 penyokong bola sepak Selangor FC ditahan kerana mencetuskan kekecohan dengan menyalakan suar di jambatan terbabit semalam.
__
Dan, beberapa wilayah tempatan berjaya mendominasi kelompok teratas gaji purata bulanan tertinggi ASEAN bagi tahun 2025.
Berdasarkan data, Kuala Lumpur muncul sebagai wilayah kedua tertinggi di ASEAN dengan purata gaji bulanan mencecah lebih 1,300 dolar Amerika Syarikat, di belakang Singapura.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca