← Back to list
BERSATU pecat keahlian Hamzah
Feb 13, 2026
Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat keahlian partinya serta-merta.
Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin susulan tindakan beliau melanggar Perlembagaan BERSATU.
Bagaimanapun, Datuk Seri Hamzah dipercayai boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari.
__
Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat segala dakwaan yang dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu diputuskan sebagai usaha memastikan aspek ketelusan dan integriti.
__
Dan, Lembaga Lebuhraya Malaysia jangkakan aliran trafik keluar dari Kuala Lumpur memuncak mulai petang ini hingga Sabtu sempena cuti Tahun Baharu Cina dan persiapan awal menjelang Ramadan.
Keadaan trafik dijangka beransur lancar selepas beberapa hari, namun aliran kenderaan dijangka kekal tinggi sehingga tamat tempoh cuti khususnya pada laluan masuk ke Kuala Lumpur.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca