← Back to list
Jumlah kes aktif COVID-19 kian berkurangan
Jun 17, 2020
Jumlah kes aktif COVID-19 kian berkurangan

Foto - New Straits Times
Jumlah kes aktif COVID-19 dalam negara terus berkurangan kepada 521 apabila 140 lagi kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 kes baru dicatatkan membabitkan penularan tempatan termasuk 7 warganegara dan 3 warga asing.
Tiada kematian terbaru direkodkan dengan jumlah korban keseluruhan kekal 121.
-----
Tiada larangan untuk kanak-kanak beriadah

Foto - Rojak Daily
Kerajaan tidak melarang kanak-kanak untuk beriadah di taman permainan dan meluangkan masa di pusat beli-belah bersama keluarga, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata taman permainan dan pelbagai tempat guna awam mula dibuka sejak kerajaan melaksanakan PKPP pada 10 Jun lalu.
Namun katanya, ibu bapa harus sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan kanak-kanak yang sehingga kini dikategorikan sebagai golongan berisiko mendapat jangkitan COVID-19.
-----
Kebenaran pulang penuntut asing diputuskan esok

Foto - Jabatan Perdana Menteri
Keputusan untuk membenarkan penuntut warga asing kembali ke pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini akan dimuktamadkan, esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara berkenaan akan diperhalusi dalam mesyuarat khas menteri pagi esok.
Pihaknya memahami, ramai warga asing yang memohon untuk kembali ke Malaysia untuk teruskan pelajaran bukan setakat di IPT swasta, tetapi universiti awam dan sekolah antarabangsa.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca