← Back to list
Bantu Rakyat Bangkit Selepas PKP
Jun 28, 2020
Bantu Rakyat Bangkit Selepas PKP
Perdana Menteri mengarahkan kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memudahkan urusan menjalankan perniagaan.
Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia supaya rakyat khasnya peniaga jalanan dan anak muda dapat bangkit semula ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara urusan yang disaran dipermudahkan ialah pengeluaran lesen perniagaan.
PKP yang dikuat kuasakan sejak 3 bulan lalu disebabkan COVID-19 menyebabkan sejuta pekerja di negara ini hilang pekerjaan terutama anak muda.
Sejajar dengan itu Terengganu kini beri kelonggaran sementara kepada penjaja kecil.
Antaranya petugas PBT tidak rampas barangan penjaja jalanan asalkan mereka berniaga di kawasan selamat.
Keputusan Solat Jumaat 2 Sesi Minggu Depan
Keputusan berkaitan keperluan solat Jumaat 2 sesi akan diketahui tidak lama lagi, dijangkakan minggu depan.
Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, perkara itu diutarakan dan dibincangkan bagi membolehkan lebih ramai dapat menunaikan solat tersebut.
Menteri Hal Ehwal Agama itu juga berkata, negeri-negeri yang tiada beraja sebaiknya mengikut keputusan yang akan dibuat Wilayah Persekutuan seperti lazimnya.
*foto sekadar hiasan
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca