← Back to list
Hampir 3 minggu tiada kematian COVID-19
Jul 02, 2020
Hampir 3 minggu tiada kematian COVID-19

Foto - Utusan Borneo
Jumlah kes aktif COVID-19 dalam negara kini berkurangan kepada hanya 85 apabila 62 lagi kes pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, hari ini.
Malah Kementerian Kesihatan maklumkan, tiada kematian terbaru direkodkan dalam tempoh hampir tiga minggu dengan jumlah korban keseluruhan kekal 121.
Hari ini, hanya tiga kes baru positif COVID-19 dilaporkan termasuk satu kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dua kes penularan tempatan.
-----
620 individu di bawah HSO diburu

Foto - Malakat Tribune
Seramai 620 individu masih perlu menjalani ujian COVID-19 hari ke-13 di bawah arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).
Menurut Kementerian Kesihatan, mereka adalah sebahagian daripada 5,804 individu yang dibenarkan keluar dari pusat kuarantin pada 10 Jun dan diletakkan di bawah HSO.
KKM dan PDRM sedang giat menjalankan aktiviti pengesanan individu terbabit dan tindakan boleh diambil ke atas mereka yang didapati melanggar syarat di bawah perintah ini.
-----
Perincian Bantuan Prihatin Elektrik dalam bil Julai

Foto - Remaja
Perincian manfaat Bantuan Prihatin Elektrik yang diterima pelanggan domestik TNB bagi bulan April, Mei dan Jun akan disertakan dalam bil bulan ini.
Syarikat utiliti itu berkata, Penyata Terperinci itu akan diterima pelanggan bersama bil Julai dalam tempoh tujuh hari melalui pos selepas pembacaan meter dibuat.
Katanya, pelanggan domestik juga boleh melihat Penyata Terperinci dan bil itu melalui laman web dan aplikasi myTNB selepas 48 jam menerima Notis Makluman.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca