Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

2 Lagi Kluster Baru

Jul 29, 2020


2 Lagi Kluster Baru

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesan 2 lagi kluster baru COVID-19 iaitu di Kedah dan di Sarawak.
 
Kluster Sivagangga di Kedah libat pemastautin tetap yang dikenakan kuarantin di rumah selepas pulang dari India tapi didapati ingkar.
 
Bagi Kluster Satok pula, kes itu dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching.
 
Dalam perkembangan berkaitan, kes baru COVID-19 di negara ini kembali melonjak ke 2 angka iaitu 39 kes.
 
Ia menjadikan kes aktif naik kepada 212 manakala 6 pesakit telah sembuh.
 
 
Kerajaan Hormat Keputusan Mahkamah
 
Kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah dalam kes SRC International.
 
Pada masa sama Perdana Menteri gesa semua pihak letak kepercayaan kepada sistem perundangan dan kehakiman negara sebagai institusi yang bebas dan berkecuali.
 
Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi, kerajaan juga menghormati hak bekas Perdana Menteri itu untuk membuat rayuan.
 
Sementara itu Datuk Seri Najib memaklumkan, beliau akan merayu keputusan yang dijatuhkan ke atasnya.
 
Beliau dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta ringgit selepas didapati bersalah atas semua 7 tuduhan yang dikemukakan.
 
Datuk Seri Najib juga dibenar diikat jamin RM2 juta dan perlu lapor diri ke balai polis pilihannya 2 kali sebulan.

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us