Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

← Back to list

KKMM akan teliti video tular murid dakwa bapa pandai masak air ketum

Aug 19, 2020


KKMM akan teliti video tular murid dakwa bapa pandai masak air ketum

Foto - Keluarga

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan meneliti penularan video murid sekolah yang viral di media sosial sama ada mempunyai unsur buli siber atau sebaliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penyebaran video seumpama itu boleh memberikan tekanan dan kecaman kepada pihak berkaitan biarpun secara dasarnya mereka hanya berkongsi sesuatu yang lazim.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menjawab pertanyaan gurunya dalam kelas tentang bapanya pandai memasak air ketum.

-----

Kes harian COVID-19 kembali ke dua angka

Foto - The Star

Jumlah jangkitan baru COVID-19 dalam negara kembali kepada dua angka apabil 16 kes direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 9,235 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 16 kes baru itu, 12 membabitkan penularan tempatan manakala empat lagi merupakan kes import.

Lapan kes merupakan daripada Kluster Tawar, masing-masing empat di Kedah dan empat di Pulau Pinang manakala tiga lagi kes daripada Kluster Sala.

-----

Kira-kira 9 juta rakyt terima inisiatif ePenjana

Foto - Malaysia Kini

Kira-kira sembilan juta rakyat Malaysia menerima ePenjana bernilai RM50 dalam e-dompet membabitkan peruntukan berjumlah RM451.5 juta setakat 14 Ogos lalu.

Kementerian Kewangan berkata, orang ramai boleh menghubungi tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, GrabPay dan Touch 'n Go e-Wallet jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai kredit ePenjana.

Kerajaan umumkan inisiatif ePenjana Jun lalu membabitkan peruntukan sebanyak RM750 juta bagi membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us