← Back to list
Malaysia catat rekod kes COVID-19 harian tertinggi
Nov 23, 2020
Malaysia catat rekod kes COVID-19 harian tertinggi

Foto - Neuroscience News
Malaysia merekodkan jumlah kes COVID-19 harian tertinggi yang penah dicatatkan iaitu 1,884 kes dengan 1,203 daripadanya dikesan di negeri Selangor.
Peningkatan itu ekoran ujian saringan bersasar yang dilakukan ke atas pekerja sebuah kilang sarung tangan di Meru, Klang di mana ia menyumbang 1,060 kes, hari ini.
Empat lagi kluster baru dikesan hari ini membabitkan beberapa kawasan di Lembah Klang, Perak dan Johor dikenali sebagai Kluster Bintang, Indah Mas, Teja Kasih dan Kobena.
-----
Waktu operasi perniagaan dibenar sehingga 12 tengah malam

Foto - Bernama
Semua kedai makan, kedai runcit, kedai serbaneka dan stesen minyak di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dibenarkan (PKPB) beroperasi hingga jam 12 tengah malam, bermula esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu diberikan susulan rungutan diterima daripada peniaga, persatuan peniaga dan orang ramai.
Sebelum ini, semua sektor peruncitan, makanan dan beberapa perkhidmatan lain hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam sahaja sewaktu tempoh PKPB.
-----
Kelantan larang majlis kahwin, tunang sepanjang PKPB

Foto - Shah Rahimin ARN
Kelantan larang penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Namun Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, majlis akad nikah masih dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan syarat-syarat ditetapkan.
Selain itu, kursus praperkahwinan turut ditangguhkan dan perkhidmatan khidmat nasihat atau rundingcara hanya dijalankan secara dalam talian.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca