← Back to list
Tak Boleh Selamanya
Dec 13, 2020
COVID-19: Tak Boleh Sekat Selama-Lamanya
Kerajaan tidak boleh menyekat kebebasan pergerakan orang ramai untuk selama-lamanya ekoran pandemik COVID-19.
Justeru Menteri Kanan Keselamatan menyeru rakyat mematuhi setiap SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.
Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang penting ialah rakyat perlu mengawal diri dan berusaha mengelakkan jangkitan.
Bapa Tikam Bayi
Seorang bayi perempuan cedera parah akibat ditikam bapa dalam kejadian di Puchong, Selangor.
Suspek dipercayai kurang siuman dilapor tiba-tiba mengamuk sebelum menikam anaknya.
Suspek juga sudah ditahan dan ujian saringan air kencing akan dilakukan bagi memeriksa sama ada dia positif dadah atau sebaliknya.
Mangsa kini dirawat di Hospital Serdang dan berada dalam keadaan stabil.
Ketukan Misteri: Sila Buat Laporan
Polis Terengganu belum menerima sebarang laporan berkaitan misteri ketukan pintu yang didakwa berlaku di Kuala Terengganu yang tular sejak kelmarin.
Justeru individu yang menjadi mangsa atau menyaksikan kejadian itu diminta tampil membuat laporan.
Misteri ketukan pintu sebelum ini dilaporkan dan didakwa berlaku di beberapa negeri antaranya Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.
Tiada Skuter Elektrik Atas Jalan Raya Mulai 1 Januari
Mulai 1 Januari nanti skuter elektrik dilarang berada di atas jalan raya di ibu kota.
Jelas polis Kuala Lumpur, ini kerana ia menganggu pengguna jalan raya yang lain dan boleh mendatangkan bahaya serta terlibat kemalangan.
Penggunaannya hanya dibenarkan di tempat yang diwartakan seperti taman permainan, kawasan penjalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.
*foto sekadar hiasan
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca