← Back to list
Kerajaan Pahang tambah pusat pemindahan banjir
Nov 18, 2015
Kerajaan Pahang sediakan 657 pusat pemindahan bagi hadapi musim tengkujuh, pertambahan 30 pusat berbanding tahun lalu.
Penambahan itu ekoran ada pusat pemindahan misalnya di Jerantut turut ditenggelami air pada banjir besar tahun lalu.
Pusat pemindahan banjir berkenaan mampu menampung lebih 140 ribu mangsa pada satu-satu masa.
Musim tengkujuh juga menyebabkan beberapa pulau peranginan di Terengganu kini ditutup kepada pelancong.
Operasi pulau-pulau berkenaan hanya akan bersambung selepas musim tengkujuh iaitu pada Mac tahun depan.
Sebagai alternatif, pelancong boleh ke kawasan peranginan lain misalnya Tasik Kenyir yang dibuka sepanjang masa.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca