← Back to list
Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO
Feb 29, 2016
Bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang media di Putrajaya sebentar tadi.
Dalam sidang media itu, Tun Dr Mahathir turut mengumumkan tidak akan kembali menyertai parti UMNO pada bila-bila masa.
Beliau juga beri jaminan tidak akan sertai mana-mana parti pembangkang dan tidak akan tubuhkan parti baru.
Beliau turut mengumumkan penarikan diri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah daripada parti itu yang merupakan parti tertua di negara ini.
Untuk rujukan, Tun Dr Mahathir dan isteri pernah keluar daripada UMNO pada 2008 dan kembali ke parti itu pada 2009.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca