← Back to list
SK Tohoi lambat lapor ? Kementerian Pendidikan akan siasat!
Oct 15, 2015
Kementerian Pendidikan akan siasat dakwaan, SK Pos Tohoi, Gua Musang lambat buat laporan berhubung kehilangan 7 murid Orang Asli.
Tegasnya, tindakan akan diambil sekiranya dakwaan ibu bapa murid terlibat, terbukti benar.
Sebuah portal berita laporkan, ibu bapa murid berkenaan hanya mengetahui mengenai kehilangan anak mereka daripada seorang pengawal keselamatan sekolah.
2 daripada mereka ditemui selamat Jumaat lepas selepas 48 hari hilang, sementara 2 lagi disahkan meninggal dunia.
2 rangka turut ditemui tetapi belum dikenal pasti, sementara seorang lagi masih hilang.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca