← Back to list
Kastam tak minta kebenaran Kementerian
Jun 20, 2017
Jabatan Kastam tidak meminta kebenaran Kementerian Kewangan sebelum memutuskan untuk mengenakan GST ke atas 60 lagi barangan makanan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga menegaskan, cukai ke atas barangan tersebut tidak sesuai dilaksana dalam keadaan ekonomi ketika ini.
Datuk Seri Johari juga mengingatkan Kastam untuk mendapatkan kelulusan sebelum mengumumkan sebarang perubahan ke atas GST, selepas ini.
Rakyat Malaysia cemas semalam selepas Kastam umum akan mengenakan GST ke atas 60 lagi barangan makanan, namun ia ditarik balik tidak lama kemudian.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca