← Back to list
Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan 3 menteri kanan dalam Kabinet.
May 13, 2018
Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan 3 menteri kanan dalam Kabinet beliau termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.
Baki lagi 7 kementerian akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan selepas selesai perbincangan dengan parti gabungan.
Tun M turut umum 5 anggota Majlis Penasihat Kerajaan antaranya bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca