← Back to list
BR1M akan diteruskan kerajaan Pakatan Harapan!
May 17, 2018
BR1M akan diteruskan kerajaan Pakatan Harapan!
Namun, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kajian menyeluruh akan dibuat agar bantuan tersebut hanya diberikan kepada individu yang layak.
DPI, Perdana Menteri juga umumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Pelajaran, manakala bakal TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula akan memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.
Dalam sidang media sama, Tun M umumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi sebahagian daripada Majlis Presiden.
Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Shukri Abdul pula dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya itu menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca