← Back to list
Wabak Rabies di Perak mungkin daripada anjing nelayan asing.
Jul 21, 2017
Wabak rabies di Kuala Sepetang, Perak mungkin dibawa oleh anjing dari luar negara yang dibawa masuk nelayan asing yang berlabuh di kawasan berkenaan.
Justeru menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang mengesan dan melakukan pemeriksaan lanjut untuk mencegahnya.
Namun, kementerian akui tugas itu agak mencabar, begitu juga di Serian, Sarawak disebabkan pelbagai faktor termasuk keluasan kawasan
Kerajaan Sarawak pula akan berunding dengan Konsulat Indonesia untuk tangani secara bersama penularan wabak rabies yang kini berlaku di Serian.
Berdasarkan rekod, kebanyakan kes jangkitan penyakit anjing gila dikesan di sepanjang kawasan sempadan antara Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca