← Back to list
PBB minta KL-Pyongyang bertenang
Mar 08, 2017
PBB meminta KL dan Pyongyang bertenang susulan hubungan 2 hala yang semakin tegang disebabkan kes bunuh seorang warga Korea Utara di klia2, bulan lalu.
Badan dunia itu gesa kedua-dua negara menyelesaikan kemelut tersebut menerusi saluran diplomatik.
Sementara itu, PBB akan membantu melicinkan proses bawa keluar dua petugas mereka yang merupakan antara 11 rakyat Malaysia yang kini dihalang keluar dari di Korea Utara.
Dua petugas wanita itu merupakan kakitangan badan dunia itu yang dihantar ke Korea Utara untuk menjalani kursus berkaitan Program Makanan Sedunia.
Manakala 9 yang lain merupakan 3 kakitangan kedutaan dan 6 lagi adalah anggota keluarga mereka.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca