← Back to list
Pemuda mengaku anak Kim Jong-nam muncul di Youtube
Mar 09, 2017
Seorang pemuda yang mengaku dirinya anak lelaki Kim Jong-nam tampil membuat kenyataan menerusi sebuah klip video di YouTube.
Dalam kenyataan berdurasi 40 saat itu, dia yang mengaku sebagai Kim Han-sol, meminta kes bunuh bapanya di klia2 bulan lalu diselesaikan segera.
Dia turut memaklumkan, dia, ibu dan adiknya kini berlindung di lokasi rahsia dengan bantuan pihak berkuasa Belanda, Amerika dan Korea Selatan.
Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan meneliti video tersebut sebelum buat sebarang kenyataan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca