← Back to list
Jumlah sebenar mangsa hilang bot karam adalah 6
Jan 31, 2017
Menteri di Jabatan Perdana Menteri jelaskan seorang pelancong warga China yang dikatakan selamat dalam tragedi bot karam di Sabah sebelum ini, sebenarnya masih hilang.
Ini menjadikan jumlah mangsa bot karam yang masih hilang adalah enam orang, bukan lima seperti yang dilaporkan awal hari ini.
Datuk Shahidan Kassim berkata, beliau sendiri lakukan pemeriksaan di lapangan terbang dan mendapati terdapat individu lain yang nama serupa seperti mangsa.
Dalam perkembangan lain, APMM perluaskan kawasan operasi dan menyelamat kepada 3 ribu batu nautika persegi untuk mencari mangsa yang hilang.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca