← Back to list
74 negara tolak LGBT termasuk Malaysia!
Oct 23, 2018
Malaysia antara negara yang tolak LGBT!

Foto - Astro Awani
Malaysia merupakan antara 74 negara yang tegas menolak LGBT!
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, ia jelas menunjukkan pendirian kerajaan terhadap golongan tersebut.
Namun, kerajaan pilih pendekatan memujuk dan membimbing bagi bawa mereka kembali ke pangkal jalan misalnya melalui program khas, bukannya menghukum.
Selain itu, kerajaan turut menerbitkan e-buku Panduan Hijrah Diri bagi golongan LGBT kembali ke pangkal jalan.
---
Kerajaan diharap kekalkan bantuan kewangan kepada OKU dalam Bajet 2019

Foto - Astro Awani
Kerajaan diharap akan kekalkan bantuan kewangan kepada orang kurang upaya dalam Bajet 2019 walaupun negara berdepan isu hutang yang tinggi.
Perkara ini dibangkitkan oleh presiden Persatuan Damai OKU Malaysia, V. Murugeswaran.
Dia juga meminta Kementerian Pendidikan mematuhi standard rekabentuk antarabangsa jika mengubaisuai atau membina bangunan baru sekolah.
---
Suspek kes langgar lari seorang wanita di Cyberjaya direman 5 hari lagi

Foto - Astro Awani
Mahkamah benarkan warga Libya suspek utama kes langgar lari akibatkan kematian seorang wanita Cyberjaya Rabu lepas direman lima hari bermula hari ini.
Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh.
Turut direman bagi tempoh sama ialah dua rakannya kerana dipercayai melindungi suspek utama.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca