← Back to list
Britain Belum Tahu Dalang Serangan Siber
May 14, 2017
Britain masih belum mengetahui siapa dalang di sebalik serangan perisian tebusan atau "ransomware" yang melumpuhkan perkhidmatan kesihatan negara itu, kelmarin.
Pihak pusat keselamatan siber negara itu sedang berusaha memulihkan dan menghadkan kesan daripada serangan tersebut.
Serangan siber global itu turut menjejaskan rangkaian komputer di hampir 100 negara yang lain.
Di Indonesia misalnya, sekurang-kurangnya 2 hospital utama menjadi mangsa serangan siber berkenaan.
Difahamkan, pihak berkuasa sedang berusaha menyekat perisian tebusan itu daripada tersebar.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia jangka hospital di negara ini tidak akan alami serangan berkenaan.
Kementerian juga berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan sedang meningkatkan sistem kawalan khusus dalam berhadapan dengan ancaman sedemikian.
Namun jika berlaku, serangan itu mungkin tidak memberi kesan besar seperti di Britain kerana Malaysia belum ada sistem pangkalan data kesihatan bersepadu nasional.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca