← Back to list
Wisma Putra Sahkan Tiada Warga Malaysia Maut Atau Cedera
May 24, 2017
Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia maut atau cedera dalam tragedi letupan di lokasi konsert Ariana Grande di Manchester, England, semalam.
Namun pihaknya meminta rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan terlibat supaya terus berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban dan 59 cedera dalam kejadian berkenaan.
Polis England menyifatkan letupan itu sebagai serangan pengganas.
Pemuda warga tempatan berketurunan Libya dipercayai individu yang melakukan serangan tersebut.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca