← Back to list
2 Militan Malaysia Antara Yang Maut di Filipina
May 26, 2017
2 rakyat Malaysia yang menganggotai militan IS dipercayai antara militan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di Mindanao.
Seorang lagi anggota militan warga Malaysia dilapor turut berada di wilayah bergolak itu namun nasibnya belum diketahui.
Mindanao khasnya Bandar Marawi kini diletakkan dalam perintah tentera sebagai usaha kerajaan Filipina menghapuskan militan Abu Sayyaf dan IS.
Sudah berpuluh-puluh maut akibat pertempuran di situ yang sudah berlanjutan selama beberapa hari.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri yang mewakili Malaysia mengutuk serangan ke atas Bandar Marawi.
Namun ujar Datuk Seri Najib Tun Razak percaya, Filipina dapat mengendalikan krisis itu dengan baik.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca