← Back to list
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Mahu Perogol Bersiri Dilarang Masuk
Feb 08, 2017
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah dilarang memasuki negeri itu.
Ujar beliau, sebelum ini sudah ramai individu dihalang memasuki negeri itu walaupun jenayah yang dilakukan mereka lebih kecil berbanding Selva.
Tan Sri Dr James akan mencadangkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Openg dalam masa terdekat.
Selva tiba di Malaysia semalam selepas jalani hukuman penjara selama 24 tahun di Kanada atas jenayah seksual terhadap ratusan wanita dan kanak-kanak.
*foto sekadar hiasan
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca