← Back to list
Jumlah Mangsa & Korban Banjir di Kelantan Meningkat
Jan 22, 2017
Angka korban banjir di Kelantan meningkat kepada 5 selepas seorang kanak-kanak 12 tahun ditemui mati lemas selepas bermain air banjir.
Bencana alam itu turut memaksa lebih 11,700 mangsa banjir di Kelantan dan kira-kira 4,100 mangsa banjir di Terengganu berlindung di pusat pemindahan.
Banjir juga menyebabkan lebih 50 sekolah di Kelantan dan 13 sekolah di Terengganu ditutup.
Turut dilanda bencana alam berkenaan adalah Pahang yang menyebabkan 27 penduduk dipindahkan.
Sabah dan Perak juga merekodkan mangsa banjir, masing-masing 385 dan 34 orang.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca