← Back to list
Ribuan Hadir Pengebumian KM Sarawak
Jan 12, 2017
Jenazah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Semariang, Kuching kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Antara ribuan orang kenamaan dan rakyat yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Allahyarham meninggal dunia tengah hari semalam akibat komplikasi jantung dan meninggalkan seorang balu serta 5 zuriat.
Sementara itu, polis Sarawak akan terus memantau kenyataan dan komen di media sosial berkaitan kematian Tan Sri Adenan.
Pihaknya tegaskan, tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan memfitnah Allahyarham.
Polis telah terima 13 laporan terhadap pemilik akaun Facebook yang memuat naik kenyataan memfitnah Allahyarham Tan Sri Adenan dan setakat ini seorang sudah ditahan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca