← Back to list
Polis Siasat Kes Guna Ular Dalam Program Jati Diri
Oct 19, 2016
Polis Perak sudah memulakan siasatan kes penggunaan ular ketika kem jati diri murid sekolah di Kuala Kangsar yang menjadi viral di laman sosial.
Pihaknya memaklumkan, setakat ini satu laporan polis diterima dan percaya akan ada beberapa lagi laporan menyusul.
Susulan itu juga, Kementerian Pendidikan mewajibkan penganjur program pembinaan jati diri menerangkan modul yang akan dijalankan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.
Ia bagi memastikan modul yang disediakan sesuai dan tidak mendatangkan trauma kepada murid seperti insiden yang berlaku di Perak itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan, pihaknya bersedia beri bantuan kaunseling kepada murid dan ibu bapa yang terlibat.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca