← Back to list
Loji Rawatan Air Semenyih Ditutup Lagi Akibat Pencemaran
Oct 04, 2016
Loji Rawatan Air Semenyih ditutup buat kali ke-2 dalam masa sebulan pagi tadi, berikutan pencemaran di Sungai Semenyih, Selangor.
Susulan pencemaran itu, sebuah premis disita selepas dikenal pasti menjadi punca pencemaran tersebut.
Menurut kerajaan Selangor, kes itu telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Sepang alami gangguan bekalan air sejak pagi tadi disebabkan pencemaran terbaru malam tadi.
Menurut Syabas, bekalan air akan pulih secara berperingkat apabila loji rawatan air beroperasi semula.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca