← Back to list
Tambang Percuma LRT Laluan Kelana Jaya Selama 3 Hari
Sep 09, 2016
Pengguna LRT laluan Kelana Jaya akan menikmati tambang percuma selama 3 hari mulai Selasa minggu depan.
Menurut Prasarana, ia bagi menghargai kesabaran pengguna yang berdepan kesulitan disebabkan gangguan perkhidmatan itu sebanyak 2 kali minggu ini.
Pagi tadi, perkhidmatan tersebut tergendala kali ke-2 menyebabkan penumpang terperangkap dalam tren selama 20 minit sebelum pintu dibuka oleh petugas.
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan meminta syarikat berkenaan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.
Pihaknya menganggap 2 insiden membabitkan perkhidmatan LRT dalam tempoh seminggu sebagai membimbangkan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca