← Back to list
Fatwa Virus Zika : Kementerian Kesihatan Akan Jumpa Majlis Fatwa
Sep 14, 2016
Kementerian Kesihatan akan berjumpa Majlis Fatwa Kebangsaan pada minggu depan berkaitan nasihat kesihatan untuk wanita hamil yang dijangkiti zika.
Ujar kementerian, ia khusus untuk membincangkan mengenai keperluan dan hukum agama berhubung pengguguran kandungan wanita yang dijangkiti virus berkenaan.
Kementerian turut mengesahkan terdapat 2 jenis virus zika yang menular di negara ini yang mengakibatkan 6 orang dijangkiti setakat ini.
Ia dikenali sebagai 'French Polynesia' atau jenis import, dan 'Micronesia' atau jenis tempatan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca