← Back to list
Yazit Search Enggan Mohon Maaf
May 12, 2016
Malah ujar Yazit dalam sidang media tadi, dia akan membuat laporan polis kedua terhadap rakan-rakannya dalam kumpulan rock lagenda itu.
Ujar Yazit, walaupun tidak bermain dalam konsert dia tetap mahukan bahagiannya kerana dia adalah pengasas Search dan ahli lembaga pengarah syarikat pengurusan GoSearch.
Menurut Yazit, dia mendapat tahu ada anggota kumpulan itu meminta namanya dikeluarkan daripada senarai MoU bersama penganjur konsert mereka Ogos nanti.
Siasatannya juga dapati, Search sudah terima bayaran pendahuluan pertama sebanyak RM75,000, iaitu RM18,750 setiap orang, tetapi dia tidak menerima sesen pun.
Yazit juga mempersoalkan mengapa cek bayaran dikeluarkan atas nama individu jika benar wang itu digunakan untuk tujuan promosi seperti didakwa.
Foto : Berita Harian
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca