← Back to list
Polis siasat kes 2 pelajar dakwa diliwat oleh pengetua sekolah menengah.
Oct 24, 2018
Polis Pulau Pinang kini sedang siasat kes dua pelajar yang mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di Kepala Batas.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah berkenaan hujung minggu lalu.
Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti.
Kementerian Kesihatan mengumumkan Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti.

Foto: Berita Harian
20 daripada kira-kira 290 klinik berkenaan pula akan dinaik taraf menjadi Klinik Kesihatan, manakala 34 yang lain bakal ditutup secara berperingkat.
Sistem khas awal tsunami melalui SMS akan diperkenalkan.
Kerajaan akan wujudkan sistem khas untuk salur maklumat awal tsunami kepada orang awam menerusi khidmat pesanan ringkas.

Melalui sistem itu, pengguna tempatan termasuk pelancong asing dapat mengetahui tentang lokasi berisiko dilanda bencana tersebut.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca