← Back to list
Kanak-kanak lima tahun yang dilanggar van sekolah, meninggal dunia di hospital.
Oct 25, 2018
Seorang kanak-kanak lima tahun yang dilanggar van sekolah di JB, meninggal dunia di hospital.
Pemandu van sekolah itu kemudiannya ditahan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Foto: Kosmo
Video yang menunjukkan kanak-kanak perempuan itu dilanggar van berkenaan menjadi viral di media sosial.
Dua buah sekolah asrama penuh di Selangor ditutup kerana wabak beguk.
Dua buah sekolah asrama penuh di Selangor diarah tutup ekoran jangkitan wabak beguk yang semakin meningkat di sekolah berkenaan.

Kementerian Pendidikan berkata sekolah akan dibuka semula pada 9 November ini untuk pelajar mengambil peperiksaan akhir tahun dan SPM.
Akta Gangguan Seksual akan digubal selepas kajian menyeluruh mengenainya selesai.
Akta Gangguan Seksual akan digubal selepas kajian menyeluruh mengenai kes gangguan seksual selesai dilakukan pada hujung Januari depan.

Antara perkara yang dikaji adalah beban bukti di pihak mangsa termasuk kemungkinan memperkenalkan piawaian berbeza dalam memastikan jenayah itu dapat dibuktikan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca