← Back to list
Kementerian Pertahanan akan siasat dakwaan 3 anggota Angkatan Tentera Malaysia terima dua gaji.
Aug 26, 2018
Kementerian Pertahanan akan siasat dakwaan 3 anggota Angkatan Tentera Malaysia yang masih jadi pengiring kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Terdahulu sebuah portal dedahkan bahawa ketiga-tiganya kini mendapat dua gaji, iaitu daripada ATM dan Hishammuddin.

Foto: Sinar Harian
Bekas Menteri Pertahanan itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan akui mereka cukup rapat kerana sudah berkhidmat sekian lama.
Jelas Hishamuddin, beliau juga tawarkan pekerjaan buat mereka dan jika diterima, mereka harus berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia dengan serta-merta.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan dikurangkan secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.
Perdana Menteri berkata matlamat kerajaan adalah untuk sediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin supaya rakyat tidak hanya bergantung kepada bantuan tersebut.

Tambah Tun M, tindakan pentadbiran terdahulu memperkenalkan BR1M dikatakan terlalu memanjakan rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada kerajaan
Pengasuh bayi di Seremban direman 7 hari.
Seorang pengasuh bayi di Seremban direman 7 hari untuk bantu siasatan kes bayi empat bulan yang tidak sedarkan diri ketika dalam jagaannya.

Bayi tersebut disahkan mengalami pendarahan dalam otak dan mata dan masih dirawat di hospital.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca