← Back to list
Kementerian Pendidikan gesa pihak sekolah agar peka dengan tarikh penting di negara ini.
Aug 24, 2018
Pihak sekolah perlu peka dengan tarikh sambutan perayaan-perayaan penting di negara ini.
Ini selepas tarikh peperiksaan akhir tahun sebuah sekolah di Kedah yang jatuh pada 7 November iaitu sehari selepas sambutan Deepavali, viral di laman sosial semalam.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan peperiksaan itu dipinda ke tarikh baru.
Orang ramai diminta lebih berwaspada selepas Sarawak mencatat kes kematian ke-12 akibat penyakit rabbies.
Presiden Persatuan Veterinar Sarawak, Dr Chuo Hock Tieng beritahu kami, 15 minit pertama selepas gigitan adalah sangat genting.
Sejurus selepas digigit, anda dinasihatkan mencuci tempat gigitan dengan sabun dan air serta dapatkan khidmat doktor seberapa segera yang boleh.

Tambah beliau, penyakit rabies ini turut boleh dijangkiti mereka yang tidak digigit anjing liar.
Virus tersebut boleh menjangkiti seseorang menerusi luka yang terdedah.
9 jemaah haji alami cedera ringan dalam kemalangan di Mekah.
Tiada kecederaan serius dialami jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 2 buah bas di Mekah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa maklumkan kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan pasukan perubatan Tabung Haji.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca