← Back to list
Cuaca sejuk dingin diramal kembali normal dalam tempoh seminggu.
Jan 15, 2018
Cuaca sejuk dingin ketika ini khasnya di semenanjung diramal kembali normal dalam tempoh seminggu.
Jabatan Meteorologi memaklumkan Akhbar Sin Chew, dalam tempoh ini hujan akan semakin sedikit dan suhu akan naik sehingga ke paras 26 darjah selsius.
Pihaknya juga menafikan viral mengatakan Cameron Highlands, Genting Highlands dan Gunung Kinabalu kini diliputi salji.
Cuaca sejuk di Malaysia ketika ini adalah disebabkan tiupan angin luluran sejuk dari Siberia dan Mongolia yang berlaku semasa monsun timur laut.
Pada jam 8 pagi tadi beberapa kawasan mencatatkan suhu 21 darjah selsius dan ke bawah antaranya Kota Bharu, Temerloh, Kuala Pilah dan Alor Setar.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca