← Back to list
Rumah PPR di ibu kota akan disita jika penghuninya buang sebarang objek dari tingkat atas.
Jan 17, 2018
Rumah PPR di ibu kota akan dikenakan tindakan sita jika terdapat bukti penghuninya buang sampah atau sebarang objek dari tingkat atas.
DBKL juga akan pasang jaring keselamatan di setiap blok PPR bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat sikap penghuni yang suka campak barang dari tingkat atas.
Buat permulaan, 13 daripada 72 PPR yang dikelaskan sebagai kawasan hitam akan terlibat.
Kelmarin, seorang remaja terbunuh akibat ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas sebuah PPR di Pantai Dalam.
Kesnya diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan polis sedang giat mengesan pelakunya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca