← Back to list
Kerjasama politik PAS dan UMNO bukan keperluan mendesak
Sep 17, 2018
Kerjasama politik PAS dan UMNO bukan keperluan mendesak

Foto - Astro Awani
PAS sifatkan kerjasama yang terbentuk di antara parti itu dan UMNO merupakan satu keperluan tetapi bukanlah mendesak.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama politik itu hanya melibatkan perkara-perkara positif.
Malah katanya, parti itu juga tidak gopoh dan akan menilai situasi kerjasama tersebut dari masa ke semasa.
-----
Reman suspek kes bunuh kucing dalam mesin pengering dobi disambung

Foto - Astro Awani
Tempoh reman dua suspek kes bunuh kucing dalam mesin pengering sebuah dobi dekat Gombak, Selasa lepas disambung tiga hari lagi mulai esok.
Dua suspek berusia 26 dan 40 tahun itu ditahan Jumaat lalu manakala seorang lagi masih bebas dan diburu pihak polis.
Kejadian itu mendapat kecaman orang ramai apabila rakaman CCTV perbuatan kejam itu tersebar di media sosial.
-----
JAIPk bantu orang ramai cari jodoh

Foto - Astro Awani
Jabatan Agama Islam Perak akan perkenalkan laman sesawang e-jodoh untuk membantu individu yang sukar bertemu jodoh mendapatkan pasangan.
Pihaknya juga akan lancarkan modul poligami bertujuan beri pendedahan tentang tanggungjawab mereka yang ingin berpoligami.
Kedua-dua inisiatif itu katanya akan dilancarkan serentak bulan depan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca