← Back to list
Wajib dapatkan Perakuan, Kebenaran Khas Berceramah di Pahang
Dec 22, 2018

Semua penceramah bertauliah dan bebas wajib dapatkan Perakuan, Kebenaran Khas Berceramah di Pahang, bermula tahun depan.
Permohonan boleh dibuat melalui sistem dalam talian yang disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Proses kelulusan bagi mendapatkan perakuan kebenaran mengajar itu katanya mengambil masa kira-kira sebulan atau dalam tempoih 24 jam bagi kebenaran khas.
Tambah MUIP, perakuan itu sah digunakan bagi tempoh dua tahun, namun pihaknya boleh menarik balik kelulusan terbabit jika pemohon melanggar peraturan ditetapkan.

Bagi kebenaran khas mengajar pula katanya, permohonan boleh diluluskan segera dan ia tertakluk kepada budi bicara kadi daerah.
Pihaknya mengalu-alukan kedatangan ramai penceramah bertauliah dan penceramah bebas ke Pahang bagi menyuburkan lagi perkembangan dakwah dan budaya ilmu di negeri itu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca